Saidina Ali berkata bahawa diri manusia itu kecil namun di dalam diri yang kecil itu ada satu alam yang sangat luas....


[MovieIsBest][SpongebobOnline][Gemilang2u][Al-AminTheMovie][Maruku1Ummah][ISK][PPIM][GameOST][BlogSphere]/

Tentang Nama

Bismillah, Assalamualikum....

Sekarang saya adalah Amin ibnu Hanifah...
Esok, masih juga Amin ibnu Hanifah..
minggu depan masih Amin ibnu Hanifah.....
Tapi, 10 tahun dulu...juga sama iaitu Amin Ibnu Hanifah..
Hei! itu nama saya!
Mana-mana saya pergi, nama itu yg saya ada, itu sahaja. dan takkan berubah..
Buat perkara buruk, nama itu yang disebut..
buat perkara baik..ya sama juga...
Jadi, tinggi nilai nama ini rupanya..

Sifat nama..nama bertindak..
mulut orang, tulisan orang..ditulisnya nama kita
orang terasa, terasa kerna nama kita..
Manusia yang terguris kerna saya, akan ingat nama saya..
Saya banyak buat salah, kesan kepada nama saya..
Nama, bukankah nama itu diberi masa kecil?
Saya tak menghargai nama saya!
Keluarga, seronok tersenyum gembira melihat saya lahir, maka diberikan nama..
pasti inginkan nama yang baik dan indah..sama juga anda
tapi apa yang saya buat?
Maaf, ini adalah muhasabah untuk diri saya..

Dan ini bukannya erti nama yang dicedok dari aspek "buat baik sbb nk nama"
itu dikira riak dan sia-sia..
tapi ini pendekatan dari aspek yang lain, bahawa nama itu perlu dihargai, amanah..harapan ibubapa..

Silap saya, kerna saya terlalu terbuka..kepada diri saya mahupun kepada sekitar..
Walau saya tahu, hal itu membuat hati mereka bagai diheret di atas jalan tar..
Hrm..
Terima kasih, kerana menegur saya..
Malah, saya perlukan lagi nasihat dan teguran dari anda..
mode apa saya ni?....

-menjadi tulen-
dan cukup utk ini..wassalam

27 Julai 2009

Bismillah, assalamualaikum...

Saya, anda, sahabat, teman, rakan, mu'allim wa mu'allimah, ikhwah, akhawat, akhi wa ukhti....
warga al-Amin khususnya..

Pagi hari, yang kononya indah di mata..lihat langit berseri, muka rakan setakat berjumpa kerna mahu bergembira bersama..
Masuk kelas ibarat tempat persinggahan yang ada bibik di dalamnya..
Lihat muka guru, hanya mahu terfikir bila tiba saat2 untuk meninggalkannya..
Terpandang junior, yang merupakan harta milik islam...
adik junior pandang kita, abang2 kakak2 ni kenapa anggap kami macam ini?
kita pandang abang2 kakak2, mereka tu buat apa utk kita?

Aaaaah! cukup tentang bisikan itu!
sudah! kami sudah cukup utk tidak berhati budi!!...guru kami menangis kerna kami!!
kami anak-anak islam!
apa sudah jadi???!!!
cukup!
tiada persoalan!!
kerna, kami....
kami disayangi oleh guru-guru kami...

Kami disayangi, oleh TUHAN kami...!
Rahmat dan Hidayah, masih lagi diberi...

Ya! Tidak perlu terlalu baik utk berbuat baik! Islam itu HAK SEMUA!
Akhlak cemerlang, HAK KITA
Kembalikan HAK itu untuk KITA
siapa yang akan buat?
KITA....... SAYA DAN ANDA!!

"'Unsur akhuka Zholiman Au Mazhluman"
(tolonglah saudara kamu yang zalim mahupun yang dizalimi)
"kerna ramai manusia zalim terhadap diri mereka sendiri..."

Gunalah masa anda, doakan kebahagiaan mereka, dunia dan akhirat...
wassalam..

Potensi, Bantut..

Bismillah, Assalam...
Untuk saya dan anda..berkenaan tajuk ini..
Jadi ada beberapa slot cerita, mari kita berceritera~~~

[1] Kasut itu ada roda! [1]
Mari memahami cerita ini, ini KISAH BENAR
suatu hari...(zaman dlu)
kisah ini berlaku depan mata ayah saya..dialah yang cerita
terletak di suatu dataran, yerp..meriah dan ramai kanak2 ketika itu..
di Kg Raja Uda (rumah nenek saya~)
Ada seorang anak ini, bawalah dia sepasang "roller blade"..nak main kat situ
Mula2, dia main..fuh, hebat..kecil saja orangnya tp manthop...
tiba2 ada seorang pakcik...
di atas kerusi diduduk pakcik itu, maka berdirilah dia dan berkata "Kat sini jangan ada sesiapa berani nak tunjuk terer...siap la kalau ada!...."(sambil memandang ke arah anak itu)

WhoooosH!, angin2 gemalai...daun2 berterbangan...
adapun anak itu berhenti bermain dan mengambil kasut POTENSInya...'bersurai' dgn kawasan perkembangan POTENSInya...sedih mukanya....

[2] Terjatuh sekali sekala [2]
Kisah di sebuah padang
Ada sebuah keluarga, sedang mereka semua gembira..
ibunya, bapanya, anaknya..anak itu kecil lagi, dlm 6-7 tahun..
anak dia berlari2 lah...main kejar2...seronok tuh
maka, seorang anak terjatuh..lalu nangis..anak kecil mana tidaknya..
Lantas ibunya kata.."ha, padan muka! lari lagi..lari2 lagi..jatuh kan dah sakit..Padan! Padan muka!!"

-Juga Kisah Benar...-


[3] Jangan pergi sana! [3]
Situasi di sekolah ibu...
banyak tingkat...pagi2 lagi, dalam jam 7..
si anak ibu itu..dibawa ke sekolah sekali..maklumlah, kecil lagi...
maka, anak kecil bersiar2 di kawasan sekolah ibunya, cari inspirasi agaknya?~
tiba2, ibu itu berkata kepada anaknya "hei, jangan merayau2 sana sini...ha tgk tuh, tuh tandas tuh..gelap tu..haaa, kang ade mende keluar dr tandas tu tangkap kamu kang..haaa..."

-Kisah benar? tepat sekali...-


[4] Kau dah dapat?? [4]
Ada sebuah syarikat..dalam syarikat itu, terdapat dua unit...
yang pertama, Unit makanan. Yang kedua, Unit kebersihan...
(penting seyh unit mereka..)
Adapun cerita bermula...
Unit makanan, telah diberi segala peralatan memasak yang baru..maklumlah, setelah lima tahun guna barang yang sama...maka, BOSS syarikat, berilah~..wah, best barang baru..hidup baru, kerja jadi baru...perasaan baru..keseronokan baru~, dapat menyediakan makanan pun gaya baru~ seronoklah si pekerja unit makanan, lagi2 ketua dia....
Maka itu, unit kebersihan juga telah menggunakan barangnya yang berusia lima tahun itu, tapi unit mereka tak dapat barang baru..erm, peralatan baru...tak dapat...
jadi, si ketua unit kebersihan ni...bengang ah, 'apa ni, unit kami tak dapat, unit makanan dapat pulak!.."
maka berkata, "cis! tak guna punya unit makanan, mentang2 unit dia tu mengenyangkan perut orang, kami ni?tak nak bagi la tuh kan...eleh, kebersihan je...kami tak dihiraukan..eleh, unit makanan mengampu ah tu!!"

-Tidak 100% benar kerana watak unit ditukar...jalan cerita saja yang sama~-

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Erm, mudah dan ringkas. kita simpulkan semua yang di atas adalah tindakan yang..amat negatif!
potensi kanak2 sepatutnya kita didik dan semai..kembangkan..
didik mereka berani, latih mereka berusaha, tanam sifat mereka jatuh terus bangun kembali!
semai keyakinan mereka!...
Bukan membantutkan potensi anak2...(sehingga dalam kelas, malu angkat tangan nk tanya.......hasil drpd itu kah?)
Pastinya, kisah di atas kita ambil, jadikan pengajaran utk kita...
ya, "JIWA Pendidik" sepatutnya tidak bertindak seperti kisah di atas itu...
ANDA, mempunyai "JIWA PENDIDIK"..pasti anda akan bertindak dgn positif

kisah yang ke-4..
hrm, itu kisah org besar2~..
yang, dengki dengki gitu...ish tak patot
kerana orang positif akan berkata, "Unit makanan dah dpt peralatan barulah..kita unit kebersihan nk jugak!, jadi nnt saya akan usahakanlah, jumpa boss,..nak jugak~..tahniah la kat unit makanan dah dapat..kami unit kebersihan akan berusaha juga utk mendapatkanya!~~!!"


ok cukup..
jadi, saya dah tahu anda pun dah tahu...!
maka, apa yang saya buat tersilap walaupun saya tahu, anda berhak membetulkan saya...
dan apa yg anda buat tersilap walaupun anda tahu, kita sama-sama berhak membetulkannya..
kerana, manusia hidup saling melengkapi, saling menampal sellotape di papan berlubang..

Wallahua'lam..
wassalam.....

Tiga perkataan, tak nak sebut..

1. Mim alif Lam Sin = .......

2. Lam Ta Ya Ha... = ...........

3. Sin Wau Sin Ha = ........


Insya-Allah!..steady, cuba dan pasti....
kerna ini blog saya, saya ckp utk saya...~

BOIKOT : Terlupa atau tak mahu

Assalam, bismillah...
secara ringkas
sekeliling
depan belakang
kiri dan kanan
lihat di kereta2..manusia di Malaysia
Ada pelekat "McDonald", huruf M warna kuning, background merah

Fikir2...dulu perkara ini ada?
fikir2...kenapa pula ada sekarang?
Fikir2...Bila pelekat itu muncul?????????????
Fikir2...Siapa buat?????
fikir2.....apa motifnya?!??

maka, AYUH TANGGALKANNYA!!!
(pelekat mcdonald saja, jgn smpai roadtax pn tertanggal~...)

wassalam..

Kejayaan sebuah perjalanan bukan destinasi

Bismillah...Assalam,
Tadi ada motivasi pecutan akhir, di UIAM
LT4, tmpat lama dlu2 punya program, datang balik..cuma bersama penceramah yang lain
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil, (saifulislam)
Banyak dipelajari, dan banyak ilmu didapati,(Rujuk buku log warna biru kulit keras jenama Mori muka surat 19)
Malah, bukan sahaja utk SPM, tapi meniti hidup smpai kehujung perjalanan (yang ada dua tempat sahaja itu)
mmg, lagi banyak kita tahu, lagi banyak kita tahu yg kita tak tahu..

Sedikit cebisan, beliau membuka mata kami
bahawa kejayaan bukan destinasi, tetapi perjalanan.......
Tatkala beliau berkata sedemikian, saya agak tersenyum,
Yalah, teringat kembali tentang 'proses kejayaan'
Jadi, ini cebisan yg di'quote', post dulu tajuk "Orang Baik @ Jahat"


"Tapi, kenapa dalam tindakan mereka tersebut, saya cakap mereka bukan orang baik @ jahat?
dan adakah, bila mereka berjaya mencapai matlamat mereka, saya akan cakap..mereka bukan orang yang berjaya????
(Alamak, ilmu mantik..tapi direverse??...tak, reka cipta je)

Begini wahai saudara,
Pastinya, kita tidak akan dapat menakrif sesuatu hasil, tanpa proses yang ditempuhi..
Contoh yang paling senang, orang berjaya...
yerp, tidak akan wujud orang yang berjaya, tanpa proses-proses kejayaannya...
Dan, tidak wujud orang yang baik, tanpa proses kebaikannya....
Maka, ditakrifkan, di dunia ini, yang ada bukanlah orang yang baik, tetapi yang ada adalah orang2 yang dalam proses sentiasa membaikkan dirinya...

Begitu juga dengan istilah, orang berjaya...
Tidak wujud orang berjaya...tanpa????
proses kejayaan..
yang wujud di dunia..adalah proses kepada kejayaan sahaja.........

Mari imbau sejarah kerajaan Islam,
Ya, kita pernah ~Berjaya~ dulu..




Itulah, graf kejayaan kita...
dari mulanya..terus dan terus berkembang..anda pun tahukan..
tetapi, bila di puncak...aduh,
cepatnya...
Mungkinkah sebab, kita ingatkan, kita dah berjaya????
Ingat!!, kita tak pernah berjaya jika tiada proses kejayaan...
Selama Islam yang meninggi grafnya..
di situ tedapat proses kejayaan tersebut..apa dia prosesnya?tepuk dada tanya hati
Maka, bila dipuncak, proses itu ke mana??
ditutupi dengan kabus..."sudah berjaya"???

Ok, cukuplah untuk itu...
Em, sama juga seperti..kita kata orang ini bijak, orang ini pandai..orang ini cerdik...
Sebenarnya tidak!!!
mereka hanya seorang yang mencipta proses menjadi bijak, proses menjadi pandai dan proses menjadi cerdik untuk mereka!
proses, proses, terus dan terus!!"

Kerana kejayaan itu perjalanan!! Destinasi itulah Syurga, amiien insya-Allah..

Find It