Saidina Ali berkata bahawa diri manusia itu kecil namun di dalam diri yang kecil itu ada satu alam yang sangat luas....


[MovieIsBest][SpongebobOnline][Gemilang2u][Al-AminTheMovie][Maruku1Ummah][ISK][PPIM][GameOST][BlogSphere]/

Episode : Tag

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t






"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh nyata bagimu" [Al-Baqarah, ayat 208]

"O ye who believe! Enter into islam Wholeheartedly; And follow not The Footsteps Of The Evil One; For he is to you An avowed enemy" [Al-Baqarah, verse 208]

----------------------------------------------------

Alhamdulillah, saya di-tag utk post ini. Terima kasih Izz-al-din~. Manfaat. Satu soalan, kita pelajar yang muslim, atau muslim yang belajar? Ikhlas mendasari niat, untuk Allah kita bermatlamat.

"Perjalanan itu memang memenatkan..."

Hal ini amat signifikan bahawa perjalanan tarbiyah memang jauh. Bukan sekelepuk bayar seringgit dapat terus nasi lemak. Namun ia bagaikan benih yang ditanam, dituai, yang bercambah dan membesar, disamping menuju kearah cahaya bagi melengkapkan proses hukum alam tumbuhan, maka wujudlah pohon-pohon yang kukuh, besar, teguh dan kuat. Cakap nampak sekejap, tapi realiti pokok sehingga ke komuniti klimaks amat laaamaaa. Berterusan.

Allah tahu akan sifat manusia ini, 'Alimallahu annakum! Atas kejadian itu Allah menyeru kepada golongan beriman.."....dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) amal kebajikan dan takwa........ " [Al-Ma'idah, ayat 2]

Ya, salah satu datangnya sumber kekuatan, seiring dengan iman, takwa dan ilmu sebagai asas. 'Alaikum bil Jama'ah!(teringat kata2 ini)

Sambutlah pemberian izin dari Allah yang mengizinkan kita untuk beriman. Bersyukurlah kepada Allah kita mempunyai sahabat yang memandu ke arah kebaikan. Bertambah syukurlah kita terpilih untuk ditarbiyahkan. Namun, lets think, kenapa kita yang dipilih? Orang lain macam mana?

Wassalam.

P/S:

1. Semasa dan selepas taip saya risau. Tanya diri saya, saya kat mana? Banyak lagi perkara yang kena belajar, praktik apatah lagi.

2. Ha, bagaimana perjalanan Ramadhan anda??dup dap dup dap..

Oh, lagi satu perkara. Saya juga ditugaskan utk tag perkara ini. Maka, perkara yang anda perlu buat adalah :

1) Copy image Amal islam seperti yang tertera di atas, dan post di blog anda.

2) Senarai manusia yang perlu saya tag adalah sesiapa yang teringin nak ditag, silakan.

3) Gambar ini hakciptaan tidak terpelihara. Jadi sebar2kanlah ya.

4) Perkara wajib untuk dilakukan, buatlah apa yang tertera pada image di atas tadi.

OK itu sahaja, wassalam.

0 suara balas:

Find It