Saidina Ali berkata bahawa diri manusia itu kecil namun di dalam diri yang kecil itu ada satu alam yang sangat luas....


[MovieIsBest][SpongebobOnline][Gemilang2u][Al-AminTheMovie][Maruku1Ummah][ISK][PPIM][GameOST][BlogSphere]/

Waktu itu dan ini

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t

--------------------------------------------

Waktu itu..
kita terduduk
curahan api memadam jati
milik kita dirompak
kita dipaksa mengangguk
peluh tak dibayar
keringat malah diugut!

Datuk nenek pahwalan waktu itu
lakaran langit menjadi saksi
Bangkit perjuangan, maruah dan darah
jentera disemai, ramai dan semakin ramai
padu dan bersatu, ini tanah aku!
pergilah penjajah! di sana hidupnya kamu
Merdeka kita, waktu itu..


Perkara membuatkan alpa
kita gembira terlalu pelupa
dahulu kita bersatu
kita satu, engkau dan aku
cuma kenapa, perkataan dahulu?!
Ke mana pahlawan hari ini?
Di mana pengorbanan muda mudi?

Tauhid sama, Allah yang Satu
kenapa perlu memusuhi kamu?
Ketua...pemimpin..
Si Hijau Putih berhasrat kesejahteraan
Si Merah Putih impikan perpaduan
kenapa tak campurkan hijau dan merah?!
hijau kata aku betul dialah salah
merah kata aku betul dialah salah
Sampai bila?

Cukuplah!
kerana Si Hitam gelak ketawa
Cucuk jarum di belakang kita
Senyum manis di hadapan kita..
Konon!
kita bertekak, dia tergelak..
dasar musuh dalam selimut!
Cukuplah..

10 suara balas:

: cot 30°= tan 60° : said...
on

err.. pahwalan tu salah eje .. heheh..

-Amin HaR- said...
on

eh!, ya tak ya..terima kasih pahwalan

thaaqhib LAH! said...
on

Niat + Persepsi + Ikhlas~~~

dan kebetulan semua tindakan itu bermula dari kita sendiri..

er..maksud saya, bermula dengan KITA sendiri. eh..salah2.. bermula dengan SAYA!

erk!

nota : sudah banyak tulisan seperti ini dibacakan, cuma masih bersifat alfabet~

Khalilah Alhuda said...
on

fuhh..
penulisan bagus..
teruskan..

-Amin HaR- said...
on

Dato' Sri Dr Thaaqhib Mohammed :(insya-Allah saya doakan ya!!huhuhu, atau nk + lagi bg cadangan~)

alfabet..
Ya. kerana bila dikeluarkannya orang tak percaya..
sama juga, katakanlah dah 'berjaya', alfabet tetap kena teruskan~

~KhallahAlhuda~:
uh,
boleh la stakat cuba2 lagi.
lgpn kat network ni ramai pakar bole rujuk..hehe

ijalceritera said...
on

Tukar warna.
Menganggap diri di jalan lurus,
Menempelak usaha lain.
Inilah hasilnya.
Seperti daun dan akar,
Bergaduh,
Siapa yang lebih penting kepada pokok,
Hakikatnya masing-masing paut pada pokok yang sama.

Anta tukar warna. Hehe =)

-Amin HaR- said...
on

Ya~...
haha..
dan anda pun tahu mcm mana warna itu muncul~

Anonymous said...
on

ana stuju ape yg izzaldin ckp!
tukar warna..
jadikannya biru dan kuning..

-Amin HaR- said...
on

ape kata tambah warna merah..
lpastu tulis TV3 ~~

Anonymous said...
on

hah..boleh ape..x salah..huhu.

Find It