Bismillah..
Assalam
Blog pemilik sudah berpindah,
pindah tanpa mengangkut barang
ya!
Maka dengan ini, blog telah berpindah ke
Saidina Ali berkata bahawa diri manusia itu kecil namun di dalam diri yang kecil itu ada satu alam yang sangat luas....
Pindah
Antara Jual beli
Bismillah...
Assalamualaikum..
Saya berkata di sini atas renungan, pemerhatian dan pengalaman..
Dunia bukan ada satu akal, iaitu bukan SAYA sahaja..
namun kehadiran anda memeriahkan dunia dengan akal-akal anda
jadi alirkan akal anda di sini, kerana, tak cukup saya seorang dan tak aci la!..
Kali ini skop difokuskan mengenai urusan jual beli. Namun spesifikasi dimenangi oleh bab pembelian~. Saya dan anda adalah pembeli, pengguna, tukang bayar,...... yang muslim, mengakui keimanan yang disaksikan. Semestinya urusan seperti ini tak lari ke mana, malah kerana urusan pembelian ini telah memberi kita peluang mengisi perut, duduk atas kerusi, ada kenderaan, dapat belajar gi skolah dan.....banyak sangat tak terkata..hah!
Antara ubat gigi colgate dan ubat gigi mukmin
antara sos kimball dan aminah hassan
antara wall's dan mingo mingo
antara ikan ah chong dan ikan ahmad
antara ketupat Nona dan ketupat Adabi
antara pizza hut dan pizza al-Bustan, Malaysiana..~
antara surat khabar mutusamy dan surat khabar samad
antara kedai kopi lee kuwan yiu dan kedai kopi pak kasim
antara produk bukan islam dan produk islam
antara kedai bukan islam dan kedai islam........
Anda sudah nampak gambaran saya?
Agak terkilan saya bila terlihat, mereka itu berkopiah, bertudung, namun beli ikan/sayur/udang (barang2 basah) di kedai turaisinggam, totally india, bukan mamak. Ya, perkara ini berlaku di kawasan rumah saya. Mai datang, tengok sendiri. Sejak kedai tersebut mula beroperasi, kedai melayu islam yang sudah lama bertapak di situ, hilang pengunjung. Dua-dua kedai bersebelahan pulak tuh. Yang hairan, macam mana orang berkopiah boleh tergamak tinggalkan kedai saudara sendiri, tapi beralih ke kedai kafir?
Sama seperti di R&R, yang kita selalu singgah dlm perjalanan balik kampung. Setiap kedai siap bertulis nama pemilik. Macam2 kedai ada, macam2 nama ada. Kedai roti, pemilik Saiful, dan bakery chan. Sedih tgk, boleh pula warga yang bergelar islam pilih kedai chan. Saya tak reti nk bertindih bahasa secara lapang, maaf jika terlalu direct, kerana inilah realiti.
Kisah benar di kedai Iwani, jika sesiapa tahu itulah kedai melayu islam yang menjual produk 'frozen food', di greenwood ada, di taman permata pun ada. Ini kisah di taman permata. Kami mencari burger Ramly, maka ditanyalah sama pekedai di situ, "burger ramly kat mana ?"(agak terkuat suara kami). Tiba-tiba tak tahu datang dari mana ada seorang manusia ni, melayu, islam, dia berkata "Burger yang bukan ramly ada?bagi saya.."(sambil terpusing2 terintai2 kami)
Huh!
Hal yang ingin diperkatakan di sini, kita orang islam sudah boleh buat produk sendiri, makanan sendiri, ubat gigi sendiri. Jadi apa lagi? Tinggal manusia yang bergelar islam itulah yang mengangkat kaki membeli produk tersebut. Sama juga, pemilikan kedai mana yg dipilih? Ni mereka-mereka yang masih berpaut di McDonald, kedai dobi ah lam..ni tak ada kesedaran.
Lihat saja sekeliling, pelekat McDonald ditampal di kereta, huh berapa banyak, ada pula siap tiga keping sekali gus tampal di cermin kereta.
Ya! Manusia ada pilihan. Malah, pasti ada yang berkata, "La, da kedai mereka tu tak produktif, tak bagus, tak sedap, tak menarik, tak ada senyuman, blablabla..."
Hei!, engkau nak atau tak nak?! Kesedaran apa yang engkau ada?
Ini bukan soal tak bagus atau tak menarik, tapi itu kedai saudara aku..
Dan soal pilihan, pilihan mana yang paling baik? Siapa yang kamu utamakan ?
Apa kata anda?
Beralih kepada persoalan yang lain, unsur SaBotAJ. Ya, pergi Carrefour, Giant etc. Jumpa ketupat Nona, di awal2 lagi dah display. Kan? kalau kamu perasan. Ketupat adabi? sorok belakang2 kena cari. Namun, benarkah ada unsur sabotaj? Gara-gara sapa? Jadi berhati-hatilah dan tanya lah diri sendiri.
Saya bukan mempromote barang mereka, tapi mempromote diri anda untuk sama-sama lah kita betul dan saling membetulkan.
Lainlah jika memang kita tak buat lagi produk itu, cth Komputer, tak ada lagi. Tak ada tak mengapalah. Itu saja pilihan yang kita ada. Ni yang dah ada ni, jika masih tak sedar2, ni yang tak boleh. Sedih tengok orang islam yang masih tak ada kesedaran ini. Ada pula, sudah la tidak membeli produk islam, malah mengutuk lagi pun ada. Hek enten. InsyaAllah semoga saya dan anda bukan dari golongan-golongan yang seperti itu.
Fikir balik dan apa kata anda?......
wassalam..
[Persatuan Pengguna Islam Malaysia]
Waktu itu dan ini
Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t
--------------------------------------------
Waktu itu..
kita terduduk
curahan api memadam jati
milik kita dirompak
kita dipaksa mengangguk
peluh tak dibayar
keringat malah diugut!
Datuk nenek pahwalan waktu itu
lakaran langit menjadi saksi
Bangkit perjuangan, maruah dan darah
jentera disemai, ramai dan semakin ramai
padu dan bersatu, ini tanah aku!
pergilah penjajah! di sana hidupnya kamu
Merdeka kita, waktu itu..
Perkara membuatkan alpa
kita gembira terlalu pelupa
dahulu kita bersatu
kita satu, engkau dan aku
cuma kenapa, perkataan dahulu?!
Ke mana pahlawan hari ini?
Di mana pengorbanan muda mudi?
Tauhid sama, Allah yang Satu
kenapa perlu memusuhi kamu?
Ketua...pemimpin..
Si Hijau Putih berhasrat kesejahteraan
Si Merah Putih impikan perpaduan
kenapa tak campurkan hijau dan merah?!
hijau kata aku betul dialah salah
merah kata aku betul dialah salah
Sampai bila?
Cukuplah!
kerana Si Hitam gelak ketawa
Cucuk jarum di belakang kita
Senyum manis di hadapan kita..
Konon!
kita bertekak, dia tergelak..
dasar musuh dalam selimut!
Cukuplah..
Episode : Tag
Assalamualaikum w.b.t

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh nyata bagimu" [Al-Baqarah, ayat 208]
"O ye who believe! Enter into islam Wholeheartedly; And follow not The Footsteps Of The Evil One; For he is to you An avowed enemy" [Al-Baqarah, verse 208]
----------------------------------------------------
Alhamdulillah, saya di-tag utk post ini. Terima kasih Izz-al-din~. Manfaat. Satu soalan, kita pelajar yang muslim, atau muslim yang belajar? Ikhlas mendasari niat, untuk Allah kita bermatlamat.
"Perjalanan itu memang memenatkan..."
Hal ini amat signifikan bahawa perjalanan tarbiyah memang jauh. Bukan sekelepuk bayar seringgit dapat terus nasi lemak. Namun ia bagaikan benih yang ditanam, dituai, yang bercambah dan membesar, disamping menuju kearah cahaya bagi melengkapkan proses hukum alam tumbuhan, maka wujudlah pohon-pohon yang kukuh, besar, teguh dan kuat. Cakap nampak sekejap, tapi realiti pokok sehingga ke komuniti klimaks amat laaamaaa. Berterusan.
Allah tahu akan sifat manusia ini, 'Alimallahu annakum! Atas kejadian itu Allah menyeru kepada golongan beriman.."....dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) amal kebajikan dan takwa........ " [Al-Ma'idah, ayat 2]
Ya, salah satu datangnya sumber kekuatan, seiring dengan iman, takwa dan ilmu sebagai asas. 'Alaikum bil Jama'ah!(teringat kata2 ini)
Sambutlah pemberian izin dari Allah yang mengizinkan kita untuk beriman. Bersyukurlah kepada Allah kita mempunyai sahabat yang memandu ke arah kebaikan. Bertambah syukurlah kita terpilih untuk ditarbiyahkan. Namun, lets think, kenapa kita yang dipilih? Orang lain macam mana?
Wassalam.
P/S:
1. Semasa dan selepas taip saya risau. Tanya diri saya, saya kat mana? Banyak lagi perkara yang kena belajar, praktik apatah lagi.
2. Ha, bagaimana perjalanan Ramadhan anda??dup dap dup dap..
Oh, lagi satu perkara. Saya juga ditugaskan utk tag perkara ini. Maka, perkara yang anda perlu buat adalah :
1) Copy image Amal islam seperti yang tertera di atas, dan post di blog anda.
2) Senarai manusia yang perlu saya tag adalah sesiapa yang teringin nak ditag, silakan.
3) Gambar ini hakciptaan tidak terpelihara. Jadi sebar2kanlah ya.
4) Perkara wajib untuk dilakukan, buatlah apa yang tertera pada image di atas tadi.
OK itu sahaja, wassalam.
Motivasi terhebat! Ramadhan Kareem

Assalam, bismillah..
Salam Ramadhan.
Bulan Motivasi terhebat! Syaitan dibelenggu!
Bersyukur dan gembira kerana diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini.
Duka pemergian Ramadhan tahun lepas telah terubat dengan pertemuan ini.
Semoga beramal dan bermujahadah.
Moga keimanan dan ketaqwaan meningkat dan teguh.
Sehinggakan terkeluar dari mulut..."Rohani aku makin gemuk!"
Jadi mari kita pula kata, "Rohani kamu gemuk? Kami punya gagah dan tough!"
Insya-Allah, barang siapa yang membangunkan ramadhan, dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, akan Allah ampunkan dosa baginya..
Ramadhan Kareem!
Tentang Nama
Bismillah, Assalamualikum....
Sekarang saya adalah Amin ibnu Hanifah...
Esok, masih juga Amin ibnu Hanifah..
minggu depan masih Amin ibnu Hanifah.....
Tapi, 10 tahun dulu...juga sama iaitu Amin Ibnu Hanifah..
Hei! itu nama saya!
Mana-mana saya pergi, nama itu yg saya ada, itu sahaja. dan takkan berubah..
Buat perkara buruk, nama itu yang disebut..
buat perkara baik..ya sama juga...
Jadi, tinggi nilai nama ini rupanya..
Sifat nama..nama bertindak..
mulut orang, tulisan orang..ditulisnya nama kita
orang terasa, terasa kerna nama kita..
Manusia yang terguris kerna saya, akan ingat nama saya..
Saya banyak buat salah, kesan kepada nama saya..
Nama, bukankah nama itu diberi masa kecil?
Saya tak menghargai nama saya!
Keluarga, seronok tersenyum gembira melihat saya lahir, maka diberikan nama..
pasti inginkan nama yang baik dan indah..sama juga anda
tapi apa yang saya buat?
Maaf, ini adalah muhasabah untuk diri saya..
Dan ini bukannya erti nama yang dicedok dari aspek "buat baik sbb nk nama"
itu dikira riak dan sia-sia..
tapi ini pendekatan dari aspek yang lain, bahawa nama itu perlu dihargai, amanah..harapan ibubapa..
Silap saya, kerna saya terlalu terbuka..kepada diri saya mahupun kepada sekitar..
Walau saya tahu, hal itu membuat hati mereka bagai diheret di atas jalan tar..
Hrm..
Terima kasih, kerana menegur saya..
Malah, saya perlukan lagi nasihat dan teguran dari anda..
mode apa saya ni?....
-menjadi tulen-
dan cukup utk ini..wassalam
27 Julai 2009
Bismillah, assalamualaikum...
Saya, anda, sahabat, teman, rakan, mu'allim wa mu'allimah, ikhwah, akhawat, akhi wa ukhti....
warga al-Amin khususnya..
Pagi hari, yang kononya indah di mata..lihat langit berseri, muka rakan setakat berjumpa kerna mahu bergembira bersama..
Masuk kelas ibarat tempat persinggahan yang ada bibik di dalamnya..
Lihat muka guru, hanya mahu terfikir bila tiba saat2 untuk meninggalkannya..
Terpandang junior, yang merupakan harta milik islam...
adik junior pandang kita, abang2 kakak2 ni kenapa anggap kami macam ini?
kita pandang abang2 kakak2, mereka tu buat apa utk kita?
Aaaaah! cukup tentang bisikan itu!
sudah! kami sudah cukup utk tidak berhati budi!!...guru kami menangis kerna kami!!
kami anak-anak islam!
apa sudah jadi???!!!
cukup!
tiada persoalan!!
kerna, kami....
kami disayangi oleh guru-guru kami...
Kami disayangi, oleh TUHAN kami...!
Rahmat dan Hidayah, masih lagi diberi...
Ya! Tidak perlu terlalu baik utk berbuat baik! Islam itu HAK SEMUA!
Akhlak cemerlang, HAK KITA
Kembalikan HAK itu untuk KITA
siapa yang akan buat?
KITA....... SAYA DAN ANDA!!
"'Unsur akhuka Zholiman Au Mazhluman"
(tolonglah saudara kamu yang zalim mahupun yang dizalimi)
"kerna ramai manusia zalim terhadap diri mereka sendiri..."
Gunalah masa anda, doakan kebahagiaan mereka, dunia dan akhirat...
wassalam..
Potensi, Bantut..
Bismillah, Assalam...
Untuk saya dan anda..berkenaan tajuk ini..
Jadi ada beberapa slot cerita, mari kita berceritera~~~
[1] Kasut itu ada roda! [1]
Mari memahami cerita ini, ini KISAH BENAR
suatu hari...(zaman dlu)
kisah ini berlaku depan mata ayah saya..dialah yang cerita
terletak di suatu dataran, yerp..meriah dan ramai kanak2 ketika itu..
di Kg Raja Uda (rumah nenek saya~)
Ada seorang anak ini, bawalah dia sepasang "roller blade"..nak main kat situ
Mula2, dia main..fuh, hebat..kecil saja orangnya tp manthop...
tiba2 ada seorang pakcik...
di atas kerusi diduduk pakcik itu, maka berdirilah dia dan berkata "Kat sini jangan ada sesiapa berani nak tunjuk terer...siap la kalau ada!...."(sambil memandang ke arah anak itu)
WhoooosH!, angin2 gemalai...daun2 berterbangan...
adapun anak itu berhenti bermain dan mengambil kasut POTENSInya...'bersurai' dgn kawasan perkembangan POTENSInya...sedih mukanya....
[2] Terjatuh sekali sekala [2]
Kisah di sebuah padang
Ada sebuah keluarga, sedang mereka semua gembira..
ibunya, bapanya, anaknya..anak itu kecil lagi, dlm 6-7 tahun..
anak dia berlari2 lah...main kejar2...seronok tuh
maka, seorang anak terjatuh..lalu nangis..anak kecil mana tidaknya..
Lantas ibunya kata.."ha, padan muka! lari lagi..lari2 lagi..jatuh kan dah sakit..Padan! Padan muka!!"
-Juga Kisah Benar...-
[3] Jangan pergi sana! [3]
Situasi di sekolah ibu...
banyak tingkat...pagi2 lagi, dalam jam 7..
si anak ibu itu..dibawa ke sekolah sekali..maklumlah, kecil lagi...
maka, anak kecil bersiar2 di kawasan sekolah ibunya, cari inspirasi agaknya?~
tiba2, ibu itu berkata kepada anaknya "hei, jangan merayau2 sana sini...ha tgk tuh, tuh tandas tuh..gelap tu..haaa, kang ade mende keluar dr tandas tu tangkap kamu kang..haaa..."
-Kisah benar? tepat sekali...-
[4] Kau dah dapat?? [4]
Ada sebuah syarikat..dalam syarikat itu, terdapat dua unit...
yang pertama, Unit makanan. Yang kedua, Unit kebersihan...
(penting seyh unit mereka..)
Adapun cerita bermula...
Unit makanan, telah diberi segala peralatan memasak yang baru..maklumlah, setelah lima tahun guna barang yang sama...maka, BOSS syarikat, berilah~..wah, best barang baru..hidup baru, kerja jadi baru...perasaan baru..keseronokan baru~, dapat menyediakan makanan pun gaya baru~ seronoklah si pekerja unit makanan, lagi2 ketua dia....
Maka itu, unit kebersihan juga telah menggunakan barangnya yang berusia lima tahun itu, tapi unit mereka tak dapat barang baru..erm, peralatan baru...tak dapat...
jadi, si ketua unit kebersihan ni...bengang ah, 'apa ni, unit kami tak dapat, unit makanan dapat pulak!.."
maka berkata, "cis! tak guna punya unit makanan, mentang2 unit dia tu mengenyangkan perut orang, kami ni?tak nak bagi la tuh kan...eleh, kebersihan je...kami tak dihiraukan..eleh, unit makanan mengampu ah tu!!"
-Tidak 100% benar kerana watak unit ditukar...jalan cerita saja yang sama~-
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Erm, mudah dan ringkas. kita simpulkan semua yang di atas adalah tindakan yang..amat negatif!
potensi kanak2 sepatutnya kita didik dan semai..kembangkan..
didik mereka berani, latih mereka berusaha, tanam sifat mereka jatuh terus bangun kembali!
semai keyakinan mereka!...
Bukan membantutkan potensi anak2...(sehingga dalam kelas, malu angkat tangan nk tanya.......hasil drpd itu kah?)
Pastinya, kisah di atas kita ambil, jadikan pengajaran utk kita...
ya, "JIWA Pendidik" sepatutnya tidak bertindak seperti kisah di atas itu...
ANDA, mempunyai "JIWA PENDIDIK"..pasti anda akan bertindak dgn positif
kisah yang ke-4..
hrm, itu kisah org besar2~..
yang, dengki dengki gitu...ish tak patot
kerana orang positif akan berkata, "Unit makanan dah dpt peralatan barulah..kita unit kebersihan nk jugak!, jadi nnt saya akan usahakanlah, jumpa boss,..nak jugak~..tahniah la kat unit makanan dah dapat..kami unit kebersihan akan berusaha juga utk mendapatkanya!~~!!"
ok cukup..
jadi, saya dah tahu anda pun dah tahu...!
maka, apa yang saya buat tersilap walaupun saya tahu, anda berhak membetulkan saya...
dan apa yg anda buat tersilap walaupun anda tahu, kita sama-sama berhak membetulkannya..
kerana, manusia hidup saling melengkapi, saling menampal sellotape di papan berlubang..
Wallahua'lam..
wassalam.....
Tiga perkataan, tak nak sebut..
1. Mim alif Lam Sin = .......
2. Lam Ta Ya Ha... = ...........
3. Sin Wau Sin Ha = ........
Insya-Allah!..steady, cuba dan pasti....
kerna ini blog saya, saya ckp utk saya...~
BOIKOT : Terlupa atau tak mahu
Assalam, bismillah...
secara ringkas
sekeliling
depan belakang
kiri dan kanan
lihat di kereta2..manusia di Malaysia
Ada pelekat "McDonald", huruf M warna kuning, background merah
Fikir2...dulu perkara ini ada?
fikir2...kenapa pula ada sekarang?
Fikir2...Bila pelekat itu muncul?????????????
Fikir2...Siapa buat?????
fikir2.....apa motifnya?!??
maka, AYUH TANGGALKANNYA!!!
(pelekat mcdonald saja, jgn smpai roadtax pn tertanggal~...)
wassalam..
Kejayaan sebuah perjalanan bukan destinasi
Bismillah...Assalam,
Tadi ada motivasi pecutan akhir, di UIAM
LT4, tmpat lama dlu2 punya program, datang balik..cuma bersama penceramah yang lain
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil, (saifulislam)
Banyak dipelajari, dan banyak ilmu didapati,(Rujuk buku log warna biru kulit keras jenama Mori muka surat 19)
Malah, bukan sahaja utk SPM, tapi meniti hidup smpai kehujung perjalanan (yang ada dua tempat sahaja itu)
mmg, lagi banyak kita tahu, lagi banyak kita tahu yg kita tak tahu..
Sedikit cebisan, beliau membuka mata kami
bahawa kejayaan bukan destinasi, tetapi perjalanan.......
Tatkala beliau berkata sedemikian, saya agak tersenyum,
Yalah, teringat kembali tentang 'proses kejayaan'
Jadi, ini cebisan yg di'quote', post dulu tajuk "Orang Baik @ Jahat"
"Tapi, kenapa dalam tindakan mereka tersebut, saya cakap mereka bukan orang baik @ jahat?
dan adakah, bila mereka berjaya mencapai matlamat mereka, saya akan cakap..mereka bukan orang yang berjaya????
(Alamak, ilmu mantik..tapi direverse??...tak, reka cipta je)
Begini wahai saudara,
Pastinya, kita tidak akan dapat menakrif sesuatu hasil, tanpa proses yang ditempuhi..
Contoh yang paling senang, orang berjaya...
yerp, tidak akan wujud orang yang berjaya, tanpa proses-proses kejayaannya...
Dan, tidak wujud orang yang baik, tanpa proses kebaikannya....
Maka, ditakrifkan, di dunia ini, yang ada bukanlah orang yang baik, tetapi yang ada adalah orang2 yang dalam proses sentiasa membaikkan dirinya...
Begitu juga dengan istilah, orang berjaya...
Tidak wujud orang berjaya...tanpa????
proses kejayaan..
yang wujud di dunia..adalah proses kepada kejayaan sahaja.........
Mari imbau sejarah kerajaan Islam,
Ya, kita pernah ~Berjaya~ dulu..
Itulah, graf kejayaan kita...
dari mulanya..terus dan terus berkembang..anda pun tahukan..
tetapi, bila di puncak...aduh,
cepatnya...
Mungkinkah sebab, kita ingatkan, kita dah berjaya????
Ingat!!, kita tak pernah berjaya jika tiada proses kejayaan...
Selama Islam yang meninggi grafnya..
di situ tedapat proses kejayaan tersebut..apa dia prosesnya?tepuk dada tanya hati
Maka, bila dipuncak, proses itu ke mana??
ditutupi dengan kabus..."sudah berjaya"???
Ok, cukuplah untuk itu...
Em, sama juga seperti..kita kata orang ini bijak, orang ini pandai..orang ini cerdik...
Sebenarnya tidak!!!
mereka hanya seorang yang mencipta proses menjadi bijak, proses menjadi pandai dan proses menjadi cerdik untuk mereka!
proses, proses, terus dan terus!!"
Kerana kejayaan itu perjalanan!! Destinasi itulah Syurga, amiien insya-Allah..
Tajuk adalah tiada
1. Malas bukan dibuang..tapi diganti
2. Ilmu itu cahaya, tidakkan turun dihati yang gelap
3. Bila kita biasa buat silap, apa yang silap terasa betul, dan apa yang betul terasa silap
4. Kita bantu ramai orang untuk berjaya, Insya-Allah kita juga akan berjaya
5. Belajarlah, dengan niat untuk mengajar..
6. Bertindak cemerlang, seimbang dan professional
7. Bila mahu 'study', tidak semestinya di meja 'study'..
8. Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar, maka apabila kamu merasa cukup kamu telah menjadi jahil
9. Orang yang berhenti tidak akan menang, orang yang menang tidak akan berhenti
10. Kejayaan bukan bermakna tidak pernah jatuh, namun bangun semula setiap kali jatuh
11. Kejayaan adalah Perjalanan, bukan destinasi
Jika saya tidak jumpa...
Bismillah.........Assalam
Pakcik makcik apa khabar?
Usah tanya saya..saya ok sahaja
Kenapa saya Ok??
sbb ada guru ajar saya utk OK~!!
Saya sihat?
Ya, sbb guru ajar saya sihat!!
Saya....bijak??
Em..guru ajar saya!!!
Saya hebat +math?
sbb guru ajar saya!!!
(anda kenal ayat itu?)
macam mana hidup saya tanpa mereka..................
-------------------------------------------------
Hrm..Hari guru 16 mei...
sekarang 1 jun...
adakah terlambat???
pastinya tidak......
Pertama sekali..
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Semua guru di Malaysia, terutamanya guru-guru di al-Amin lah...
Terima kasih, jutaan terima kasih...
Kenapa? sbb guru ajar saya!!
Guru kelas : Cikgu Rubiah (Dlm senyuman ada ketegasan~)
Biology : Cikgu Arash (Tindakan kita bukan bersahaja!!!, perancangan dan pengurusan!)
Chemistry : Cikgu Hasnah (Ini hidup kamu, jadi kamu pilih mana haluan kamu)
Physics : Cikgu Azizan (Kamu cakap susah?Dah cuba atau beluM??hrm?)
+Math & Math : Cikgu Hawa (Common??? Sense!!!...Fikir fikir fikir dan fikir dan fikir!!)
BI : Cikgu Rushida (It is belongs to you...either you want it, or not....)
BM : Ust Idris (Org yg berkuasa adalah mereka yang berkuasa mengawal dirinya~)
Sejarah : Ust Isharuddin (Anda dikurniakan akal, jadi..tentukan dan nilai....)
BAT & PSI : Ust Hasnan (hidup flexible kerana kita kaji..kaji..kaji...dan kaji..)
Terima kasih guru!!!
Semoga Allah merahmatimu...amiiien
Hrm...
tak terfikir ke?
kenapa baru sekarang saya nk post hal ini?
Hari guru..16 mei
kami sambut, 29 mei, di sekolah
hari ini? 1 jun..
kenapa???
Tiada masa??
Em..bukan
Saya sengaja melambatkan bukan kerana tidak mahu...
Sengaja, supaya memori itu tahan lebih lama di dalam otak...
Bayangkan lah, esok hari guru..maka hari ini saya akan post tentang hari guru..
maka, seminggu kemudian..adakah saya akan ingat kembali?
hari guru??
adakah akan ingat? dua minggu???
tiga minggu??
jadi, mula 16 mei sehingga sekarang..sudah berapa minggu???
Ya! insya-Allah kekal lama dlm memori...
kenapa nk kekal lama..
Izinkan saya untuk menghargaimu wahai guru..........
wassalam..
Orang baik @ jahat?
bismillah....Assalam..
Alhamdulillah, ada masa...
baru2 ni saya punya post, saya ckp kat dunia tak ada org baik dan tak ada org jahat..
tapi, percaya kah anda??
Teruslah kepada pointnya yah...
Sebenarnya, memang kita dikelilingi oleh persekitaran, yang ada manusia dan hidupan lain lah..
Maka, manusia yang berbagai, bertindak mengikut cara yang berbagai..
daripada akal mereka sendiri lah...~
Namun, masing2, setiap manusia ada matlamat...
matlamat itulah hasil yang akan dicapai suatu hari nanti..
kalau tak minggu depan, esok..kalau tak esok, 10 tahun nanti..?
sukati depa la..
Tapi, kenapa dalam tindakan mereka tersebut, saya cakap mereka bukan orang baik @ jahat?
dan adakah, bila mereka berjaya mencapai matlamat mereka, saya akan cakap..mereka bukan orang yang berjaya????
(Alamak, ilmu mantik..tapi direverse??...tak, reka cipta je)
Begini wahai saudara,
Pastinya, kita tidak akan dapat menakrif sesuatu hasil, tanpa proses yang ditempuhi..
Contoh yang paling senang, orang berjaya...
yerp, tidak akan wujud orang yang berjaya, tanpa proses-proses kejayaannya...
Dan, tidak wujud orang yang baik, tanpa proses kebaikannya....
Maka, ditakrifkan, di dunia ini, yang ada bukanlah orang yang baik, tetapi yang ada adalah orang2 yang dalam proses sentiasa membaikkan dirinya...
Begitu juga dengan istilah, orang berjaya...
Tidak wujud orang berjaya...tanpa????
proses kejayaan..
yang wujud di dunia..adalah proses kepada kejayaan sahaja.........
Mari imbau sejarah kerajaan Islam,
Ya, kita pernah ~Berjaya~ dulu..
Itulah, graf kejayaan kita...
dari mulanya..terus dan terus berkembang..anda pun tahukan..
tetapi, bila di puncak...aduh,
cepatnya...
Mungkinkah sebab, kita ingatkan, kita dah berjaya????
Ingat!!, kita tak pernah berjaya jika tiada proses kejayaan...
Selama Islam yang meninggi grafnya..
di situ tedapat proses kejayaan tersebut..apa dia prosesnya?tepuk dada tanya hati
Maka, bila dipuncak, proses itu ke mana??
ditutupi dengan kabus...'sudah berjaya"???
Ok, cukuplah untuk itu...
Em, sama juga seperti..kita kata orang ini bijak, orang ini pandai..orang ini cerdik...
Sebenarnya tidak!!!
mereka hanya seorang yang mencipta proses menjadi bijak, proses menjadi pandai dan proses menjadi cerdik untuk mereka!
proses, proses, terus dan terus!!
bila kita kata proses...hek enten, semue boleyh buat...kan?
jadi..buat lah...
saya???
Yerp, saya 2x5 je...cakap pandai tapi tah ke mane...
tak buat2 jugak..hek enten...ko ni min!
Peristiwa
Taip taip tekan tekan alhamdulillah fungsi lagi..
bismillah assalam.....
teringin kongsi cerita
Tahun lepas, Amran mengikuti satu program luar
bersama juga dengan manusia2 'luar'...
Jumpa orang baru sana sini merata semua nya orang baru..
Memang la woi orang baru...!! Baru nk kenal katekan..
Kami, Kamal, Husin, Rafiq, Amran (semua ini bukan nama betul ya)...semua pakat stok tingkatan 4..
dan ada lagi beberapa orang sama umur tapi memori nama dah jadi asap
Terjadilah peristiwa kami selama 3 hari 2 malam...
Sememangnya, hari pertama jumpa... "dia ni siapa eh, berapa umur??"
Yerp! memang macam tu..
Tapi tak sangka lepas 1 jam, dah jadi rakan mcm kenal 1 bulan...
Cepatnye kenal, gap? habes tolak tepi buang jauh2 dan jadi tiada..
Maka, bersama lah kami......
Sesaat demi sesaat, perubahan makin berlaku kat sana..
makin kenal, dan makin ramai dikenali..
dan kenal lah pula dengan Abdullah, tingkatan 3...(mantap ah kamu men bola)
Malam pertama, ada satu talk...
Masa tu Amran pakai jubah nya tu...
tiba-tiba kamal dan rakan2 tak pasai2 pggl ust... (eh...awat hang ni?)
Amran agak janggal..tapi mmg da janggal dan kejanggalan tu buat lagi janggal..
tapi tak pe..teroskan cerita
lpastu sebelum nk tido lah kata kan..
kami semua lepak2 dulu kat dorm..tiba2 dtg si Rafiq,
Rafiq : Weh, amran...aku nk mntak nasihat gak ah...
Amran : nasihat??mende?? (lpastu datang la si kamal, husin bersama)
Rafiq : Aku pun nk tahu gak seyh psl agama ni..yg aku tahu dosa pahala ah.takot gak akhirat sane nnt. Masuk nerake kang....nk gak masuk syurge...
Amran : Oooh....blablabla~~~~...
Yang lain pun ada denga skali...
Sambung terus lah..
Hari kedua ade program..ada talk lagi~ (talk talk dan talk)
Byk pengisian menyentuh hati kami...
maka, lepas tu ada explorace..
kami berkumpulan kene pisah...explorace race race dan race maka race lepas race then habis..
Merungut kami,
"kak!(fasi) bile turn ktorang nk river crossing ni, lame aa nk tunggu..."
kak fasi : jap eh, lpas ni korg ye...
"Aih, dr td lpas ni lpas ni..tp tak de pn...weh, jom ah men bola dulu"
men bola bersama....dari jam 6.15 hingga 6.45
Lpastu, kami pakat nk berenang je kat tasik tu,...(agak besar tasiknya, 2 and half dataran al-Amin)
Tapi saya...minta maaf bukan bidang saya
Kamal, Abdullah dan Rafiq, bertiga je..husin gi makan mntang2 da abes semue task
Amran dok tepi tasik (cari inspirasi~)
Berenang lah mereka itu...bertiga
Terer ah mereke...Kamal dan Rafiq da berjaye dr hujung sana ke sini..
Abdullah tiba-tiba stuck kat 3/4 jalan...
Fuh! semua tros focus kat dia..
"pehal plak ni? berenang ah sini tros..."(dlm hati je)
tgk2,....
Abdullah seperti terkapai2...tenggelam seketika, timbul balik...tekapai2...masih terkapai2...
suara?mana suara dia??? dia tak ckp apa2...hanya apa?? terkapai2...
Fasi? panik sikit...Amran? dia ni bia betui....
ada budak lagi sorg...lantas ckp "Hek enten...berlakun je tuh"
Amran..."ye ke?bdak ni kwn die ke?" hrm....
Paaaaaaap!!, t e n g g e l a m.....Allah...
1 minit..mana dia tak timbul
ada pasukan penyelamat dari pihak peserta...tapi depa tak dpt menyelam...gelap tak nmpk apa2
Fasi, semua serius panic...
akak tadi..."eeeeeeei!!! cepat!! cepat pggl orang mntak tolong!!!!!!!!!!!!" (dekat2 ngan kwsn tu ada rumah org....org tu da biase ngan tasik tu)
Abg fasi sorg tu, dr awal program...amat tenang org nya..
tapi teros mengamok..sbb peserta tak ikut arahan...
dah suruh beratur dlm barisan dengan segera, tapi tak...masih huhahuha pn ade jugak..yg blur tak tau wat ape pon ade..yg 'aku nmpk ape td' pn ade...
masing2..panik...
Maka datanglah penduduk, mencari dan menyelamat..yang lain disuruh amek wudhu' kerana da jam 7.15, nk maghrib..
operasi menyelamat tak berjaya, dr jam 6.45 tu smpai 7.30, masih tiada
Amran masih dlm dupdap2..terkejut dan agak lemah, siapa sangka jadi mcm tu
baru lepas main bola sama2...bayangkan...
lpas itu....
maka org2 kampung tu putus harapan, teros berenang kembali ke darat...
tapi siape sangke, salah sorg tu terasa kaki nya dilanggar benda..lantas semua menuju ke arah itu dan tarik...
Masa itu Amran ngah pegang mic, tiba2 dtg seorang(peserta) bisik2 benda suroh Amran ckp.......
Innalillahi wa innailaihiraji'un......Allah Maha Berkuasa, Allah yang Maha Menghidupkan dan Mematikan...Allahu Akbar....
Maka, malam itu juga ayah dan emak Allahyarham datang...
Husin, Kamal dan Rafiq, terpaksa ikut ke balai polis, dan hospital..
kena jadi saksi...
Amran tak ikut, jaga sini saja..fasi (laki) tak ada kecuali satu dua..Amran disuruh jaga...
Jam 10 malam, mereka tak balik2 lagi...
12 malam, pun tak pulang...
Bila mau pulang?
Ngantuk juga...semua tidur saja
Bangun pagi..semua dah ada...Kamal, Rafiq, Husin, nmpk penat
"ei, ko balek kol bpe?"
"3..."
Wassalam......
Untuk dua hari
Cubaan, testing testing..okok ada2..
3 April, 09....(Matahari dah terbenam)
Amran : (Salam ngan sorg pakcik) Ha, pakcik A..meh masuk..jemput2
Pakcik A : Eh, kamu. Abang kamu tu dah. Kamu bile lagi??
Amran : La pakcik, saya..spm pon blom abes lagi ni pakcik...
Pakcik A : oh ye..............kamu sekolah mane?
Amran : Aaa..al-Amin tuh. (Tersenyum saja). Dalam hati.."aduh, pakcik ni da sala org rupenye..sure die igt abg no 2 nih...ahahha"~
---------------------------------
Mak : Makcik C, ni ha anak saya..
Amran : (Tersenyum saja)
Makcik C : Oh..ini????? Laaaaaa.....dulu bukan main kecik..skrg da lagi tinggi da rupenye ye..Kamu yang kedue ke ketige??
Amran : Saya yg ketige......
Makcik C : Masya-Allah...tanda lama tak jumpa ya..
4 April, 09....(Matahari dah terbit)
Bapa : Amran~...amran..ni ust kamu dtg ni..
Ust : (tersenyum2 sambil angkat tangan)
Amran : Eh, ust..
Bapa : Ust jemput makan dulu ust ye...makan lah ye...
Ust : Oho, okokok...terime kasih pakcik..
Amran : Meh2 ust..makan eh
(masa nak balik)
Amran : (salam dengan ust) Ha, nanti kalau ade lagi, datang lagi yeh ust~
Ust : (kah3)
(ust~?????)
-----------------------------
Sedang mengambil barang di dalam kereta...
Pakcik B : Eh, Amran rupenye..ingat ke sape tadi...
Amran : Pakcik B, (Salam, Senyum)
Pakcik B : Minta maaf la, terlambat siket....ni ade lagi ke tak ni ? jgn pulak dtg da abes .ha ha
Amran : Ehhhh, ade lagi tuh....Meh la
Pakcik B : Haaa, tadi ingat kan pgntin, rupenye Amran....nampak macam pgntin pulak
Amran : Aduhai, mcm gini je laa....~
---------------------------
Maktok : (Sedang berjalan ke luar)
Amran : Maktok dah nk balek dah ke??
Maktok : Ha'a, maktok da nk balek dah...
Amran : (Hulur tangan salam)
Maktok : ( Salam dan nk peluk)
Amran : Erm tengah peluh2 nih maktok..hehe
Maktok : eh~!! takpe!peluh2 ke ape ke tak pe..cucu ni!
Amran : (Aduh, terharu sgt.peluk juga)
----------------------------
Bimisanra : aha, amran..nasik nk amek cammane? Ade org jage ke?
Amran : amek nasik?em, mesti ah kot ade org jage..dah derg yg uruskan..
Bimisanra : laaaaaaa ye ke....
Amran : eh..oh!nasik yg cedok2 tu ke?oho..tu tak ade~ (Amran igtkan psl urusan angkut mengangkut nasik utk letak kat meje 'catering'~ ~ )
Bimisanra : ohoho~! Okeh! cantek..
-----------------------------
Amran : ait, jom2..., jom ah jumpe~!
Afamunsimbie : Segan seyh..org2 tgh makan tetibe dtg...
Amran : La..bkan org kesah pn..jom2...
(mengikut la semue ke meje pgntin)
Amran : Ha..'brader' ni ha kawan2.........eh????mane???? (da ilang)
'Brader' : Tak ade pn.....haa pi panggil pi...
(pi usha kat blakang khemah)
Amran : e'eh..kat sini kamu..hek enten...~
Afamunsimbie : Haaaaaaaa~.....ei jom ah jom ah.....
(Tercapai lah kudrat Afamunsimbie)
Sedara N : eh, amran...member???
Amran : Ha'a..member skola...
Sedara Q : Uish..bia btol....
Amran : Lorh, btol ah...
Sedara N : Perh..igt ke kwn 'brader' tadi....
Amran : fuyyoh...
Sedare Q : fuh, besa2 badan derang tu eh...
Amran : oh..hahaha~ ~
--------------------------------------------------------------
Maka habislah berdialog...sebenanye byk lagi..tp tak dpt nk tulis semue
Yg ini saja lah...
Kepada semua yg telah hadir.......bapa saya lagi skali kata terima kasih, jazakallah..
dia kata juga "lenkali dtg lagi.." amanat tuh.~~
amanat lagi satu yg tak dpt nk hadir lenkali ade peluang lagi insya-Allah...
lagi satu minta maaf.......kalau ada yg tak dpt maklumat..maaf seribu maaf..
jadi smpai sini saja dulu...wassalam~
Rasakanlah kehadirannya...
Assalam...
Hanya teringat kata-kata sahabat,
"Pernahkah kamu menghargai apa yang berada di sekeliling?Tumbuhan?Haiwan?...."
Terfikirlah, apa saja yang ada di sekeliling...
kenapa perlu ditingkatkan sensitivity kita terhadap mendalah tuh...
Rupanya dalam proses hidup ni, perkara sebegitulah yang menjadi salah satu 'guru' buat kita...
sekeliling
depan, belakang, atas, bawah, kanan, kiri
pokok-pokok, haiwan, alam sekitar = guru?
jika anda ambil masa sejenak, cuba fikir sedalam-dalamnya apakah yang diajarkan sungai, pokok, tumbuhan dll kepada kita...fikir-fikir pasti dapat..
teringat sewaktu kursus kepimpinan pengawas 09,
soal "Solat berjemaah dan kepimpinan"
pada masa itu banyak point dan hujah yang sangat bernas oleh warga al-Amin sendiri..
memang sangat memberi iktibarlah, untuk bahasa yg mudah...
sebab, ketika itu mereka sebenar2nya menggunakan akal untuk berfikir, tentang hal itu..
walaupun perkara itu, hari2 kita laksanakan..
tapi bila difikir secara mendalam...banyak boleh dapat!
ketika makan...persoalan makan, apa yang kita boleh dapat diaplikasi dalam tindakan kehidupan?
Naik tangga sekolah, ketika skeleton muscle bergerak2...apa kita dapat?
Bond of atoms in chemistry....apa kaitan dengan hidup kita pula?
Termasuk juga manusia...
teringat sahabat2 tingkatan 5, adik2 tingkatan 1-4...
dengan perwatakan dan karenah masing2. haha
sebenarnya telah menjadi 'guru'..jika kita kaji secara dalam2...
bukan 'guru mengajar', tapi 'guru yang melatih untuk belajar'
Maka sebab itu juga wujud ayat "sahabat itu cermin kita"...
Diam tak diam saya pelajari dari mereka..
-jati diri!!
-sempoi~
-Gagah~
-semangat waja!
-think b4 talk..
-riang bersama...
-hati kental......
-usaha..
-flexible....
-Sabar.......
-Ramah mesra..
-carik sndiri selebihnya..
(Belajar saja tiada guna) = praktisnya mana? Mana min?mana?
("Pegang saja tiada guna, mahu saya bacakan surat khabat itu?")
Lebih2 lagi jika mereka melatih kita untuk berfikir.......fuh
Tiba2 saja ditanya, "Ei, kenapa kereta tu warne merah.....?"
Tapi, jikalau ditanya... "Min, kenapa kat laut ada air....."
~ ~ ~ lalala~ ~ ~ ~ ~
Hrm, takpa2..kita teruskan perjalanan..
Macam mana pula dengan...
perwatakan kanak2 riang tingkatan 1?
perwatakan rasa senior tingkatan 2?
perwatakan proses kematangan tingkatan 3?
perwatakan pembentukan abg2 kakak2 tingkatan 4?
perwatakan fikiran luas tingkatan 5...?
cuba2, mari2 kita fikir..apa yang mereka semua dah tunjukkan kat kita apa sebenarnya yang kita perlu fikir dari perwatakan mereka...
lepas fikir bertindaklah pula...
Apa yang kita belajar dari mereka?
Find It
About Me
- -Amin HaR-
- [Muhammad Amin bin Mohd Hanifah bin Abdul Razak -amin har-] SMIAAG... Mereka menulis gaya bahasa yang indah.. agar mereka yang lain turut singgah, sekali baca terus merebah, terpesona ungkapan yang bersepah2...... dan wassalam..
Suara dan Kata
ARCHIEVES
[++] Jiwa Pendidik [++]
-
-
-
-
‘Ibrah Daripada PJJ11 years ago
-
Keep On Writing!13 years ago
-
-
Berakhirnya Ramadhan, Suka atau Duka?16 years ago
-
-
Sila download ebook anda disini16 years ago
-
New Template...17 years ago
[++] I k h w a n u l 15 [++]
-
www.sergurunpatti.or.id/10 years ago
-
-
Fractures at the Tibia and Fibula10 years ago
-
-
메리츠알파플러스보장보험에 이런 폭넓은...12 years ago
-
115 years ago
-
Kawad???15 years ago
-
-
new look15 years ago
-
Dead.16 years ago
-
esok program explorace16 years ago
-
Pindah16 years ago
-
How Long Has It Been?16 years ago
-
Tekanan SPM17 years ago
-
0089 - Bisikan Licik17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
[+] Satu genggaman [+]
-
-
A visit to my future home.10 years ago
-
-
Makhluk Manusia11 years ago
-
Episod 185 : Putusnya Ekor Si Cicak11 years ago
-
Blog berpindah ke ->13 years ago
-
-
Muadz bin Jabal13 years ago
-
Perjalanan Masih Jauh "Brother"13 years ago
-
-
-
tkde keje :P15 years ago
-
j.u.a.n.g15 years ago
-
-
-
WALIMATUL URUS16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
